Dapatkan perlindungan takaful yang sesuai untuk keluarga, diri sendiri, dan masa depan – tanpa tekanan.
Jadikan Kewangan Anda Terlindung, Mula Sikit-Sikit.

Cara Mudah Dengan Sikitsikit.my

Di sikitsikit.my, kami memahami bahawa ada sesetengah orang merasa ragu atau kurang selesa untuk berbincang tentang takaful. Kami ingin mengubah persepsi ini dengan menyediakan platform yang lebih mesra, bebas tekanan, dan telus. Kami bukan sekadar ‘promote’, tapi ingin membantu anda memahami perlindungan yang sesuai dengan keperluan hidup anda.

Dengan #CikBijakSikit, anda akan dapat akses kepada maklumat yang tepat tanpa perlu risau tentang panggilan jualan atau gangguan berterusan.

Chat dengan #CikBijakSikit

Cerita sikit je — bajet, keluarga, atau apa yang nak dilindungi. CikBijakSikit akan bantu kira dan cadang pelan ikut kesesuaian.

Dapatkan Cadangan Pelan

Dapat 2-3 pilihan takaful ikut bajet dan keperluan. Tak perlu pening kepala, semua dah diringkaskan.

Daftar & Dilindungi

Terus daftar online. Tak payah jumpa agen pun. Lepas tu, dah boleh rasa lega — ada perlindungan untuk masa depan.

#CikBijakSikit!

Saya ada soalan tentang Takaful.

Chat dengan #CikBijakSikit, chatbot kami yang boleh membantu anda mendapatkan jawapan pantas dan tepat untuk soalan tentang takaful, hibah, medical card, simpanan, dan perlindungan keluarga.
✔️ Semak kelayakan tuntutan dengan cepat.
✔️ Dapatkan senarai hospital panel terdekat.
✔️ Peringatan bayaran sumbangan secara automatik.
✔️ Panduan kecemasan untuk situasi perubatan.
✔️ Panduan pengurusan tuntutan tanpa tekanan.
✔️ Peringatan untuk kemaskini polisi mengikut keperluan semasa.
✔️ Bantuan dari penasihat berlesen untuk nasihat yang lebih tepat.
✔️ Sesuai untuk mereka yang introvert nak berjumpa dengan agent takaful.

CikBijaksikit

Soal Jawab Takaful

Belajar tentang takaful tanpa rasa tertekan, dalam bahasa yang mudah difahami.

Boleh Tanya 24/7

Dapatkan jawapan segera, bila-bila masa, di mana sahaja. Asal ada saja persoalan dari client, kami bantu jawabkan.

Maklumat Terkini

Sokongan dari pakar takaful sebenar untuk nasihat yang lebih tepat. Maklumat berdasarkan garis panduan khas dari pengelola takaful ya, bukan generic ChatGPT.

Privasi terjamin

Semua perbualan dijaga kerahsiaannya, tanpa tekanan atau gangguan dari agen.

Kenapa sikitsikit.my Lain Daripada Yang Lain?

Di Malaysia, walaupun industri takaful menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan kadar penembusan mencapai 20% pada tahun 2023, masih ramai yang belum memahami sepenuhnya manfaat perlindungan takaful.

sikitsikit.my hadir untuk mengubah cara anda mendapatkan maklumat tentang takaful. Dengan menggunakan teknologi chatbot yang canggih dan bukan generic, kami menyediakan platform yang membolehkan anda mendapatkan jawapan segera, tepat, dan peribadi mengenai pelbagai soalan takaful anda. Chatbot kami, CikBijakSikit, direka khas untuk memberikan pengalaman yang mesra, tanpa tekanan, dan boleh diakses pada bila-bila masa.

%
*Kadar penembusan takaful di Malaysia.
jam
Sentiasa ada, tanpa perlu risau kena “follow-up”
%
pengguna lebih selesa dengan chatbot
%
Lebih Pantas untuk membantu client

Pilihan Pelan Takaful

Dapatkan pelan takaful mengikut keperluan dan bajet anda, tanpa sebarang tekanan

🛡️ Hibah Takaful

Perlindungan kewangan untuk orang tersayang apabila anda tiada. Hibah Takaful memberikan pampasan segera kepada keluarga anda, memastikan mereka terus hidup selesa tanpa beban kewangan jika sesuatu yang tidak diingini berlaku.

🩺 Critical Illness

Dapatkan bantuan kewangan apabila anda didiagnosis dengan penyakit kritikal. Pelan ini memberi anda bayaran sekaligus untuk membantu menampung kos rawatan, ubat-ubatan, dan perbelanjaan harian semasa anda fokus untuk pulih.

🏥 Medical Card

Pastikan anda mendapat rawatan terbaik tanpa perlu risau tentang bil hospital yang tinggi. Pelan ini melindungi kos kemasukan ke hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar, dan banyak lagi, memberikan anda ketenangan minda apabila berdepan dengan kecemasan perubatan.

💰 Pelaburan & Simpanan

Bangunkan kekayaan sambil dilindungi. Pelan ini menggabungkan pelaburan dan simpanan, membantu anda mencapai matlamat kewangan jangka panjang sambil menyediakan perlindungan sekiranya berlaku kecemasan.

🔀 Pelan Campuran

Dapatkan perlindungan dan simpanan dalam satu pelan. Pelan ini menawarkan perlindungan komprehensif sambil membolehkan wang anda berkembang, sesuai untuk mereka yang mahukan keselamatan dan pertumbuhan kewangan.

Takaful tak perlu serabut. Tanya je CikBijakSikit – tak kisah soalan besar atau kecil, siang atau malam. Biar kami bantu anda buat keputusan yang bijak, tanpa tekanan.

“Bebas Tanya, Bebas Pilih, Bebas Risau.”

Trusted by Industry Leaders and Regulated for Your Peace of Mind